Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)

Tahniah kepada Malaysia atas pencalonan semula menjadi ahli Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di bawah kategori III bagi penggal 2019 hingga 2022 semasa Perhimpunan Agung ICAO sesi ke 40 di Montreal, Canada. YB Menteri Pengangkutan telah mengetuai delegasi Malaysia bersama pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Pengangkutan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Ottawa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Malaysia Airports Holdings Berhad, Malaysia Airlines Berhad, AirAsia, Pos Aviation Malaysia, Malindo Air, Ground Team Red dan Malaysia Airlines Pilots’ Association (MAPA) bagi menghadiri Perhimpunan Agung ICAO Ke-40 di Ibu Pejabat ICAO di Montreal, Kanada. Semasa undian yang telah diadakan pada 1 Oktober 2019, Malaysia telah berjaya mempertahankan kerusi Ahli Majlis ICAO di bawah Kategori III untuk penggal 2019 hingga 2022. Kategori III adalah negara-negara yang dipilih untuk memastikan keseluruhan kedudukan geografi dunia mempunyai wakil dalam Majlis ICAO. Malaysia telah berjaya mengekalkan keahlian dalam Majlis ini selama 5 penggal berturut-turut bermula tahun 2007 sehingga tahun 2022. Hasil pengundian, Malaysia telah memperbaiki kedudukannya dalam Kategori III iaitu dari tangga ke-13 ke tangga ke-11 dengan pertambahan sebanyak 14 undi berbanding jumlah yang diperolehi pada perhimpunan sebelum ini (2016). Secara keseluruhannya, Malaysia mendapat sokongan sebanyak 143 undi (81%) daripada jumlah negara yang mengundi. Jumlah undi ini adalah merupakan undian tertinggi yang diperolehi Malaysia dan merupakan pencapaian terbaik semenjak Malaysia menganggotai Ahli Majlis ICAO.

Posted on 08 October 2019
Back to All News